Ye aku memang seorang yang pemarah. Cepat meradang, tetapi syukur masih ada lagi yang menerima diri ini. Walau aku cepat marah tapi marah aku sekejap. Aku bukan pendendam tapi aku seorang yang akan pendam. Setiap budi akan aku ingat, dan setiap silap juga akan aku ingat. Maaf, diri ini bukan malaikat yang boleh sentiasa bersabar. Aku masih punya kekurangan. Kadang tidak berniat untuk melukakan, tapi cuma mahu menegakkan kebenaran.