Blog Archive


Maaf, ego aku setinggi langit.
Maaf, emosi aku seperti angin.
Maaf, aku bukan perempuan lemah lembut.
Maaf, aku keras kepala.
Maaf, aku mahu diterima seadanya.

Aku tak peduli hilang sesiapa.
Jujur, banyak yang pergi.
Aku tahu tak semua boleh tahan,
Tak semua boleh hadap
dengan perangai yang sebegini.

Tapi sekali lagi,
Maaf, ego aku setinggi langit.
Ego memang boleh menghancurkan.
Hancurkan sebuah hubungan.
Aku tahu, aku tahu semua itu.
Aku tak peduli.

Maaf, situasi dan cerita silam buat aku begini.
Maaf tak mampu diungkapkan dari mulut.
Maaf hanya berdasarkan tulisan.